Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan menangguhkan perlaksanaan Undi18 sebagai sengaja mahu menghalang penyertaan golongan muda dalam PRU yang akan datang.<br /><br />Ketika hadir memberi solidariti kepada peserta Undi18 yang disoal siasat polis, beliau juga berkata kumpulan itu hanya menggunakan hak mereka untuk bersuara memandangkan Parlimen tidak berfungsi ketika ini.
