Fizi Ali tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan isterinya iaitu Shakilla Khoriri bersifat sombong dengan peminat.

Menurut Fizi, mungkin berlaku salah faham seperti waktu yang kurang sesuai khususnya ketika sedang sibuk menguruskan anak mereka, Ameena Sofia.

“Kalau orang tak kenal dia betul-betul, orang akan cakap dia sombong. Mungkin sebab muka dia garang sikit.

“Jadi kalau nampak Shakilla keluar sendiri dengan Ameena, maksudnya dia seorang saja yang uruskan Ameena.

“Mungkin dia terlepas pandang, tak perasan orang senyum atau tegur sebab fokus kat anak,” ujarnya kepada mStar.