Ahli Parlimen Tanjung Karang, Noh Omar hari ini mempersoalkan bagaimana dua syarikat swasta yang baru ditubuhkan dua bulan boleh diberi tanah pajakan oleh kerajaan Selangor.

Noh yang juga Pengerusi BN Selangor turut menggesa SPRM untuk meneruskan siasatan jika wujud penyalahgunaan kuasa dalam pemberian tanah itu kepada dua syarikat itu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri himpunan bantahan peneroka Ladang Tanjung Pasir, Bestari Jaya mengenai isu tanah diteroka mereka tetapi diserahkan kepada syarikat terbabit.

Sementara itu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Noh untuk menghubungi SPRM bagi memastikan siasatan dijalankan.