Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar enggan mengulas lanjut ketika menemui media di sebuah program mengenai kebenaran melawat keluarganya yang berada di New Zealand yang hangat dikritik sebelum ini. <br /><br />Katanya yang baru pulang dari New Zealand bulan lepas, perkara itu telah pun selesai dan beliau juga sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini. <br /><br />Kunjungan Santhara ke New Zealand sebelum ini dikritik pembangkang dan netizen kerana negara melarang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara.
