Scha Alyahya memberitahu dia tidak mempunyai rahsia tertentu bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal selepas melahirkan anak kedua pada 12 Februari lalu.

Ujar Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, dia mengamalkan pemakanan yang sihat selepas berpantang.

“Mungkin sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus, tapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi sebab kita manusia biasa.

“Memang saya dah dapat berat badan yang dulu, dan mungkin sebab saya breastfeeding. Tapi apa yang penting adalah fokus kepada kesihatan dulu,” katanya kepada mStar.