Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan turut
mendengar rakaman audio yang didakwa perbualan antara presiden Umno dan PKR, iaitu Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, beliau yakin rakaman itu merupakan suara Anwar yang tulen memandangkan pernah menjadi ahli parti selama 20 tahun.

Zuraidan berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri sebuah majlis di Ampang Jaya hari ini.