Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan mengakui kesilapannya membuka pelitup muka semasa berada di tempat awam dan akan membayar kompaun.

Ia susulan klip video yang tular di media sosial menunjukkan dia mengagih-agihkan wang kertas RM50 kepada penjaja ketika mengadakan lawatan ke Matu, Sarawak, baru-baru ini.

Menurut laporan Borneo Post, ekoran daripada itu katanya, polis telah menghubunginya dan memaklumkan dia akan dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Mengulas tindakannya menghulurkan RM50 kepada setiap peniaga terbabit, Awang Tengah berkata, dia melakukannya kerana membeli makanan dan minuman yang dijual dalam keadaan tergesa-gesa.

Sumber video: Media sosial
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/569990