Khairy Jamaluddin hari ini menyentuh kebimbangan mengenai vaksin dari China, Sinovac yang telah diluluskan untuk digunakan di Malaysia buat golongan berumur 60 tahun ke atas.<br /><br />Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, jawatankuasa vaksin sudah menyemak data Sinovac dan memutuskan untuk menggunakannya ke atas warga emas berdasarkan ujian-ujian di Brazil.<br /><br />Data daripada ujian-ujian berkenaan menunjukkan bahawa vaksin Sinovac mempunyai keberkesanan 83.7 peratus untuk kes sederhana Covid-19 dan 100 peratus berkesan untuk kes yang teruk, katanya.