Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) akan menggunakan kaedah pembiayaan hibrid, dengan 70% hingga 90% daripada kos dibiayai oleh kerajaan, kata CEO MRT Corp Mohd Zarif Hashim.<br /><br />Semasa taklimat di Menara KEN TTDI hari ini, Mohd Zarif berkata MRT Corp akan mendapatkan suntikan dana swasta sebanyak 10% hingga 30% bagi meringankan beban kewangan kerajaan.