Polis menyoal siasat suami bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akthar Aziz, Tawfiq Ayman pagi semalam, menurut laporan The Edge Markets.<br /><br />Tawfiq yang ditemani peguamnya Jagjit Singh, dipercayai disoal siasat untuk membantu siasatan terhadap dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan olehnya dan anaknya.
