Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan pelantikan Senator Guan Dee Koh Hoi sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.<br /><br />Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan, membangkitkan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional sudah tiada banyak wang, beberapa hari sebelum pelantikan itu.
