Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyatakan rasa sedih kerana ikhtiar kerja kebajikannya berubah menjadi isu perkauman dan agama.<br /><br />Ini selepas seorang pensyarah kanan IPTA, Kamarul Zaman Yusoff menyenaraikan pelbagai kerja amal Sim dan memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati menerima bantuan daripada "mubaligh Kristian".
