Isu pembayaran makanan antara pemilik dan pelanggan dipercayai menjadi punca pergaduhan di luar sebuah restoran makanan di Jalan Kuala Kangsar, di Ipoh, seperti yang tular di laman sosial, semalam<br /><br />Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian tersebut, sebaik ia berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi dan hasil siasatan dan tindakan pihaknya, berjaya menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan berkenaan.<br /><br />Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi di antara pemilik restoran berumur 39 tahun dan pelanggan berumur 38 tahun, atas isu pembayaran makanan.
