Cadangan untuk menggantikan bekas menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin daripada kabinet PH tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat kabinet, kata Salahuddin Ayub.<br /><br />Menurut bekas menteri pertanian dan industri asas tani itu, malah hal itu pun tidak timbul dalam mesyuarat Majlis Presiden PH ketika ia berkuasa dahulu.<br /><br />Salahuddin mengulas dakwaan dibuat bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong dalam bukunya berjudul 'Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter'.
