Memang pecah perut! Itu antara komen penonton drama komedi Kampung Kolestrol yang sudah bersiaran melalui slot Diandra di TV9.

Drama arahan Shuhaimi Lua ini dibarisi pelakon dan penyanyi hebat antaranya Mas Idayu, Ziana Zain, Rusdi Ramli, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

Menurut Mas Idayu, dia menerima tawaran ini selepas dipujuk oleh pihak produksi dan mengetahui drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua.

“Cerita dia memang mereka pujuk saya, meraka nak sangat saya berlakon dalam drama ini dan saya tahu pengarahnya adalah Shuhaimi Lua.

“Saya pernah bekerja dengan Shuhaimi dan dia sangat terbuka, apa sahaja yang kita nak buat dia akan bagi asal jangan keluar mencarut sudahlah,” katanya kepada mStar.