Pas bukanlah parti yang berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebaliknya dianggap sebagai ancaman oleh DAP kerana menghalang cita-cita parti itu untuk kembali memerintah.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiauasaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan bekas rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan PN.

Sumber video: https://www.facebook.com/idris.ahmad.12/videos/4234095423281939