MENGAKUI bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang memiliki syarikat produksi, Fian Ali mengambil peluang tampil dengan lagu berjudul Ala Shayang.<br /><br />Ujar Fian, ibunya Datuk Ayu Puteh pemilik syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd adalah tunjang utama yang menyokong penglibatannya dalam industri nyanyian.<br /><br />Bercerita mengenai lagu Ala Shayang, ia dicipta oleh komposer muda iaitu Sheikh Baseer dan lagu ini diangkat menjadi OST untuk drama Baby Tak Gila siaran Unifi TV.