Kerajaan setuju membuka program rekalibrasi tenaga kerja kepada majikan dalam sub sektor restoran, kargo, borong dan runcit serta pencucian dan pembersihan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dalam sidang media bersama Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Katanya, semua keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pekerja Asing hari ini adalah bagi memastikan tenaga kerja asing menerima suntikan vaksin Covid-19 dan negara berjaya mencapai imuniti kelompok yang disasarkan.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/502646520784250