Kejayaan Selangor mencatat lebihan kewangan ketika kerajaan negeri terpaksa membelanjakan wang untuk pakej rangsangan ekonomi Covid-19 adalah satu perkara yang boleh dibanggakan.

Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari, peruntukan untuk dua Pakej Rangsangan Selangor Prihatin sebelum ini juga tidak digunakan sepenuhnya kerana melangkaui sasaran ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Mahabbah Ramadan bersama penjawat awam negeri.

Terdahulu Pegawai Kewangan Selangor, Haris Kasim mengumumkan Selangor mencatatkan lebihan kewangan keseluruhan berjumlah RM93.2 juta pada akhir 2020 berbanding unjuran asal, iaitu defisit sebanyak RM133 juta.

Sumber video: https://www.facebook.com/112189040419879/videos/1241208452962247