Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Jabatan Imigresen melanggar Perlembagaan Persekutuan dan prosedurnya sendiri dalam kes warga Nigeria, Simon Momoh.<br /><br />Ini kerana jabatan itu terus menahan Momoh walaupun tidak membawanya ke hadapan majistret dalam masa 14 hari setelah penahanannya atau mendapatkan perintah reman.<br /><br />Terdahulu, Momoh yang memiliki dokumen sah serta visa jangka panjang ditahan Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara sehari kerana memandu bawah pengaruh alkohol.