Polis menerima dua laporan yang dibuat seorang pelajar berhubung tindakan seorang guru lelaki membuat jenaka rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan pada Jumaat lalu. <br /><br />Timbalan Ketua Polis Negara ,Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan pertama berhubung pendekatan yang digunakan guru tersebut manakala yang kedua berkaitan ancaman rogol dari seorang rakan sekolah. <br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/jsjnpdrm/videos/1119280638574966