Seluruh 10 jajahan di Kelantan kekal di bawah status PKP susulan peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Mnakala Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak kekal di bawah status PKP Bersyarat.

Sementara itu Sabah bertukar status daripada PKP Pemulihan ke PKP Bersyarat.

Sembilan negeri dan wilayah kekal di bawah status PKP Pemulihan iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan.

Pengekalan status ini akan bermula pada 29 April hingga 17 Mei, kecuali Sarawak yang bermula pada 27 April hingga 17 Mei 2021.