Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali berkongi keterujaannya kerana dapat bertemu dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais selepas menunaikan solat tarawih semalam.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik Azmin ke Facebooknya, Sheikh Abdul Rahman turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia selain berharap dapat berkunjung semula ke Malaysia.

Terdahulu, Azmin berkesempatan mengerjakan umrah sebelum mengetuai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Arab Saudi serta Emiriah Arab Bersatu mulai 26 April hingga 4 Mei 2021.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=287839786336515