Pengerusi Satiswaran Action Team, Arun Dorasamy hari ini menggesa pihak polis memberikan perkembangan terbaru mengenai siasatan kes remaja yang maut dibaling sebuah kerusi.

Dalam sidang media yang dihadiri oleh ahli keluarga mangsa, Arun berkata sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan berhubung siasatan itu sejak dua tahun kejadian itu berlaku.

Pada Januari 20218, S. Sathiswaran, 14, maut di bawah Flat PPR Sri Pantai selepas terkena balingan sebuah kerusi dipercayai dari tingkat 21 flat tersebut.

Sebelum ini ahli keluarga remaja tersebut pernah menyuarakan kekecewaan mereka dan tidak berpuas hati dengan cara polis mengendalikan kes itu.