Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata dia tiada kena mengena dengan rakaman curi perbualan telefon Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis.

"Saya tak tahu, saya tak ada kena mengena," katanya diminta mengulas kenyataan menteri yang menyelar pihak yang merakam perbualannya tanpa izin.

Menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, Hamid berkata teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

Terdahulu hari ini, Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.