Kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di Lembah Klang secara purata keseluruhannya telah mencapai 90 peratus setakat semalam, menurut statistik dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).<br /><br />Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya semalam.
