Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.<br /><br />Namun ketidakhadiran Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menjadi tanda tanya pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang digantikan dengan timbalannya Ismail Mohamed Said.<br /><br />Walau bagaimanapun, Ismail berkata Hamzah tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.