Ketua Polis Negara yang baharu, Acryl Sani Abdullah Sani menyifatkan tanggungjawab sebagai kepemimpinan tertinggi PDRM itu adalah satu 'beban yang berat' dan tidak mampu digalasnya secara bersendirian.

Bagaimanapun katanya, beliau menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap barisan kepimpinan PDRM bagi meneruskan tugas-tugas yang masih belum diselesaikan.

Dia berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai ketua polis negara bersama pendahulunya, Abdul Hamid Bador selepas majlis penyerahan tugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2923230981299222