Surprise Me!

Talapia/Siakap Berendam l Masak Masak Keluarga

2021-05-03 4 Dailymotion

Amboi meriahnyaa dapur Ustazah Isfadiah, masak apa tu? Dah semestinya khas buat Masak-Masak Keluarga 30 Menu Ramadan lah kan? Jom cuba. Macam menarik je!

resepi 'Talapia/ Siakap Berendam'

Bahan
3 ekor Talapia Merah/Siakap saiz sederhana digoreng bersama daun kari
2 biji timun potong dadu
3 biji tomato buang biji potong dadu
1 biji karot potong dadu.
3 sudu Cili Boh
3 sudu sos ikan
3 sudu sos tiram
3 sudu Tomato Sos

(3 ulas bawang ros, 3 ulas bawang putih, 3 hirisan halia, sebatang serai)- semua bahan ni dikisar halus.

2 cawan air
5 biji cili api buang tangkai sahaja

Caranya:
Tumiskan bahan kisar dan cili boh hingga naik bau

Masukkan semua aneka sos
Kacau hingga mendidih, masukkan air, masukkan timun, karot dan tomato yang dipotong dadu, masukkan cili api tanpa dipotong.

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Siap untuk dihidang.

Buy Now on CodeCanyon