Manchester United akan menghukum peminat yang melakukan perbuatan jenayah semasa tunjuk perasaan pada hari Ahad yang menyebabkan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool ditangguhkan, kata kelab itu pada hari Isnin.<br /><br />Terdahulu, penyokong Manchester United melakukan protes terhadap keluaraga Glazer dengan menceroboh masuk Stadium Old Trafford dan sebelum itu mereka berkumpul berdekatan bas pasukan di Hotel Lowry.<br /><br />Laporan oleh Reuters.