Hari ini bermulanya pemberian suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca di Kuala Lumpur dan Selangor.

Empat pusat ditetapkan untuk orang ramai menerima suntikan vaksin tersebut antaranya Universiti Malaya dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Tinjauan KiniTV di PWTC pagi ini mendapati orang ramai sudah mula memenuhi pusat itu sejak jam 8 pagi tadi.