Setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke berkata untuk DAP diterima oleh masyarakat Melayu adalah sesuatu perkara yang mencabar kerana mereka menganggap DAP sebagai musuh mereka. <br /><br />Namun katanya, DAP perlu cuba sebaik mungkin memenangi hati masyarakat Melayu dengan menyusun strategi dari segi cara kepimpinan, komunikasi, cara mengetengahkan sesuatu isu dan sebagainya.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini dan KiniTV pada Khamis lalu.
