Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (Veteran) mengambil keputusan untuk turut serta bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.<br /><br />Menurut presidennya, Kapten Sharuddin Omar, keputusan itu diambil setelah Veteran mendapati kerajaan tidak memandang serius isu yang diketengahkan selama ini, serta terdapat kelemahan dalam menangani isu-isu rakyat.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam sidang media Veterans’ March to Parliament (Veteran Berarak ke Parlimen) di Hotel Royale Chulan Damansara semalam.
