Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan kerajaan mengenakan PKP ke atas Selangor merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan telah gagal menangani gelombang ketiga Covid-19.

Menurutnya, ukuran kejayaan bagi kerajaan menangani wabak tersebut adalah apabila sistem kesihatan negara mampu mengatasi kadar penularan jangkitan yang pada akhirnya tidak membebankan wad-wad ICU.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan PKP bermula esok hingga 17 Mei.

Sumber video: https://www.facebook.com/TamatDarurat21/videos/294104142245692