Hari ini bermulanya pemberian dos pertama vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca secara sukarela di Kuala Lumpur dan Selangor.

Tinjauan KiniTV di pusat pemberian vaksin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pagi tadi mendapati orang ramai telah mula memenuhi pusat itu sejak 8 pagi tadi.

Dijangka 2,400 individu akan menerima suntikan vaksin itu di PWTC pada hari pertama yang berlangsung sehingga 9 malam ini.

Rata-rata individu yang ditemui KiniTV meluahkan rasa teruja dan bertuah selepas menerima suntikan vaksin tersebut walaupun mengakui ada rasa bimbang akan kesan sampingan.

Selain itu, mereka turut berpuas hati dengan proses pemberian vaksin yang disifatkan teratur dan pantas.