Seorang ibu dan anak perempuannya berjaya diselamatkan oleh bomba selepas terpaksa berpaut pada kereta yang tersangkut dalam arus deras di Ipoh petang semalam

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kejadian mencemaskan itu berlaku di Dusun Sungai Meru, Ipoh petang semalam susulan limpahan air Sungai Meru yang menyebabkan arus deras.

Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.04 petang.

Kedua ibu dan anak itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada ahli keluarga.

Sumber video: https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/482668692939851