Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdukacita apabila ramai rakyat negeri itu masih mengambil ringan SOP ditetapkan MKN bagi mengekang penularan wabak COVID-19.<br /><br />Sehubungan itu, baginda menitahkan semua pihak termasuk golongan kenamaan dan selebriti tidak merentas negeri sekiranya tiada kecemasan.<br /><br />Ini berikutan penularan varian Afrika Selatan di negeri itu yang dikesan berpunca daripada aktiviti merentas negeri.
