Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk segera menangani sebarang aduan yang dibuat oleh pelajar mengenai dakwaan salah laku guru di sekolah.

Dalam temu bual bersama Ain Husniza Saiful Nizam di Facebooknya hari ini, Anwar juga berkata dia kecewa apabila tiada tindakan diambil terhadap guru yang 'berjenaka' mengenai jenayah rogol.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan pengakuan seorang pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, yang mendedahkan insiden guru bergurau mengenai rogol semasa pembelajaran di sekolahnya.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/847055362687195