MENGIKUT jejak langkah abang dan kakaknya bergiat dalam bidang seni, Alif Ali juga tidak mahu ketinggalan bergelar seorang penyanyi.

Adik kepada Fian dan Wanna Ali tampil menerusi lagu My Boo yang juga dijadikan lagu tema untuk drama Baby Tak Gila.

Baru berusia 16 tahun, Alif tidak kisah dikritik oleh netizen dan memandangnya sebagai pembakar semangat untuk terus berada dalam industri.

Jom kita dengarkan nyanyi Alif Ali menerusi lagu My Boo versi akustik.