Susulan perlaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara bermula esok, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menubuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikologi<br /><br />Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, ia bagi membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang mengalami kesan sosio-ekonomi di sepanjangan perlaksanaan PKP 3.0.<br /><br />Terdahulu katanya, tinjauan yang dibuat oleh UNICEF dan UNFPA mendapati satu daripada empat responden telah melaporkan mengalami tekanan sepanjang perlaksanaan PKP.
