Kerajaan tidak melaksanakan PKP 3.0 seperti PKP 1.0 yang lebih ketat tahun lalu kerana tidak mahu menjejaskan kehidupan rakyat.<br /><br />"Seperti kita pernah sebut dulu, kita mengimbangi antara keperluan kesihatan dan juga keperluan penghidupan rakyat," <br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.