Pulau Pinang telah ditawarkan sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac pada Februari lalu, namun tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya, dakwa Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

Menurut Chow, kerajaan negeri telah menulis surat kepada KKM pada Februari bagi memohon kebenaran menggunakan vaksin yang disumbangkan secara percuma oleh sebuah syarikat swasta

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu ditolak Putrajaya dan meminta negeri itu menunggu selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan.

Sumber video: https://www.facebook.com/ChowKonYeow/videos/4484765218214212