Coca-Cola Malaysia menjelaskan desakan memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.<br /><br />Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangatan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.<br /><br />Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.
