Syarikat atau majikan diminta mengemukakan akuan bersumpah (SD) bagi permohonan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.<br /><br />Beliau berkata syarat tambahan bagi permohonan dana kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu dibuat bagi memastikan tiada ruang untuk pihak ketiga mengambil kesempatan, menipu dan menyalahgunakan dana.<br /><br />Saravanan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang membuat tuntutan palsu melibatkan dana PENJANA dan memaklumkan hingga semalam, Perkeso telah menerima 1,758 kes aduan melibatkan bayaran meragukan dan isu bayaran gaji pekerja.
