Polis semalam menahan seorang penjawat awam yang didakwa menyokong Israel, selepas video dimuat naik lelaki itu di aplikasi TikTok tular di media sosial.<br /><br />Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pagi 18 Mei dan lelaki tersebut kemudiannya dipanggil untuk direkodkan keterangan.<br /><br />Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.
