Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengatakan bahawa dia sedang disiasat polis berhubung kenyataannya dalam sebuah klip video mendesak keadilan untuk mendiang A Ganapathy, yang meninggal ketika dirawat di hospital setelah ditangkap pada bulan Februari.<br /><br />Melalui ciapan di Twitter, Syed Saddiq mempersoalkan keperluan polis melancarkan siasatan terhadapnya, tetapi berjanji bahawa dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
