Pengerusi PH Anwar Ibrahim mempersoalkan penghantaran perlahan vaksin Covid-19 yang diperbuat di China, walaupun sebelum ini ada laporan yang mengatakan Malaysia akan diberi keutamaan.

Anwar berkata Malaysia telah membeli 15 juta dos vaksin yang diperbuat di negara itu tetapi setakat ini hanya menerima satu juta dos - iaitu tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan pesanan.

Anwar yang juga presiden PKR berkata demikian dalam siaran langsung di Facebook semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan