Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menjelaskan kerajaan mempunyai hak untuk menentukan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Prasarana dengan menyifatkan jawatan lantikan politik hanya sementara.<br /><br />Dalam satu hantaran di Facebooknya, Ahmad berkata jawatan dalam politik ini mungkin paling lama 22 tahun atau boleh jadi 22 bulan.<br /><br />Justeru katanya Menteri Kewangan Tengku Zafrul berhak menamatkan jawatan di Prasarana tersebut.