Serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap Gaza sejak kebelakangan ini berkemungkinan dianggap sebagai jenayah perang.<br /><br />Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, mengutarakan pendirian sedemikian memandangkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bangunan diserang di Gaza digunakan untuk tujuan ketenteraan.<br /><br />Sebelum perjanjian damai dicapai Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan udara dan tembakan senjata didalangi Israel terhadap Gaza membunuh 253 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak serta mencederakan lebih 1,900 yang lain, sepanjang konflik yang berlarutan sepanjang 11 hari.
