'Saya tidak pernah melihat satu keadaan lebih terdesak dan kritikal berbanding sekarang.'<br /><br />Itu kata Naib Presiden Umno Khaled Nordin berhubung negara yang kini berhadapan krisis dan darurat kesihatan semakin meruncing.<br /><br />Kata Nordin, kerajaan perlu segera bertindak balas menangani peningkatan kes harian Covid-19 memandangkan darurat tidak menampakkan tanda-tanda bahawa keadaan akan pulih.